EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

I’m a Backpacker: Europe

image description
Call no.
: 914.04 KHA
Author
: Khairul Abdullah
Contributor
: Mohd. Awis Haji Abu Bakar
Summary
I’m a Backpacker: Europe merupakan catatan perjalanan Khairul Abdullah. Penulis berkongsi pengalaman beliau mengembara di seluruh Eropah dan juga di negara-negara lain di Asia. Mengembara ke bumi Eropah yang kaya dengan pelbagai tempat bersejarah, seni bina, dan tempat yang cantik bukan sesuatu yang sukar. Menurut penulis, untuk mengembara ke Eropah tidak memerlukan ejen pelancongan atau orang lain. Pembaca cuma perlu tahu caranya sahaja. Dengan mengikuti panduan langkah demi langkah serta tips yang disediakan, pembaca boleh melakukannya sebagaimana yang sudah dilakukan oleh orang lain sebelum ini. Penulis tidak menunjukkan penerbangan mana yang perlu diambil, hotel mana yang perlu ditempah, tempat mana yang perlu dilawati, dan sebagainya. Menerusi buku ini, pembaca boleh memahami cara bagi mencari penerbangan yang murah dan sesuai, cara mencari jenis penginapan yang baik, cara untuk pergi ke sesuatu destinasi, dan sebagainya. Terdapat 7 bab kesemuanya yang dikupas secara terperinci oleh penulis. Buku ini saya syorkan untuk sesiapa yang suka melancong, atau mempunyai perancangan bercuti ke luar negara. Penulis memberi akaun Facebook, Instagram dan Twitter beliau kepada pembaca jika pembaca memerlukan sebarang bantuan ketika mengembara ke Eropah. Seperti buku backpacker yang saya review sebelum ini, buku ini berbaloi untuk dimiliki.