EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Ready Player One

image description
Call no.
: EF 813.6/CEL
Author
: Ernest Cline
Contributor
: Natalia Binti Muhammad
Summary
Novel sains fiksyen bertajuk Ready Player One ini merupakan hasil tulisan Ernest Cline yang telah diadaptasikan ke dalam bentuk filem. Watak utama novel ini, Wade Watts @ Parzival, berazam untuk mendapatkan tiga kunci (‘Copper Key’, ‘Jade Key’ dan ‘Crystal Key’) yang telah disembunyikan oleh James Halliday, orang yang bertanggungjawab membangunkan dunia permainan realiti maya OASIS. Setiap kunci tersebut hanya boleh dimiliki dengan menyelesaikan tugasan yang mencabar minda dan fizikal pemain. Novel ini ditulis dengan baik oleh penulis kerana gaya penceritaannya yang menarik sehingga pembaca boleh membayangkan diri mereka sendiri berada di dalam dunia OASIS.