EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

MASAKAN BARAT DI RUMAH

image description
Call no.
: 641.59/HAR
Author
: HARIS AMIR JAIS
Contributor
: Nur Syamimi Abdullah
Summary
Pengarang buku tersebut adalah Chef Haris Amir Jais yang berasal dari negeri Johor dan dilahirkan pada 31 Ogos 1984. Beliau mempunyai Diploma dalam bidang kulinari dan mempunyai 8 tahun pengalaman dalam bidang maskan dan minuman juga pakar dalam bidang masakan barat. Beliau berkhidmat di Maytower Hotel Serviced Residences, Kuala Lumpur. Buku yang bertajuk Masakan Barat Di Rumah ini mengandungi prakata, dedikasi dan pengenalan tentang isi kandungan buku serta mengandungi 80 mukasurat dan mempunyai gambar berwarna. Beliau telah menyenaraikan sebanyak 32 resepi masakan barat yang pelbagai citarasa berkhasiat dan mengikut kesesuaian hidangan kepada masyarakat tempatan Malaysia. 11 jenis herba seperti rosemary, marjoram, daun bay, tarragon, kulit kayu manis dan lain-lain disenarai di dalam buku ini bagi memudahkan masyarakat mengenali dengan lebih lanjut tentang khasiat serta tujuan kegunaan herba di dalam sesuatu masakan. Beliau menyajikan beberapa jenis masakan barat seperti : ??jus dan stok - 4 hidangan ??Makanan laut - 6 hidangan ??Salad - 2 hidangan ??Ayam - 3 hidangan ??Daging - 3 hidangan ??Sup - 3 hidangan ??Pasta - 5 hidangan ??Pencuci mulut - 6 hidangan Buku ini disediakan kepada suri rumahtangga yang menggemari masakan barat dan mudah didapati di pasar raya. Gaya bahasa yang digunakan adalah senang dan mudah difahami agar para suri rumahtangga tertarik untuk mencuba masakan yang baru. Resepi masakan barat yang terdapat didalam buku ini dihasilkan oleh chef-chef yang pernah berkhidmat di hotel bertaraf lima bintang. Hasil hidangan yang menarik dan sedap dapat dinikmati oleh keluarga sekiranya mencuba setiap resepi-resepi ini kerana terdapat gambar-gambar resipi yang jelas, terang dan cantik.