EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Hero Kelas Corot

image description
Call no.
: 808.882/ALF
Author
: Al-Fatihe Hanafiah
Contributor
: Mohd Awis Bin Abu Bakar
Summary
Buku ini menceritakan pelajar-pelajar kelas belakang atau tercorot di sekolah. Penulis menggambarkan pelajar yang berada di kelas tercorot tidak semestinya akan terus ketinggalan apabila meningkat dewasa. Mereka boleh berjaya dan mampu berjaya jika proses ke arah kejayaan itu bermula daripada diri sendiri. Penulis juga berpendapat bahawa sijil seperti SPM dan STPM yang diperoleh ketika di alam persekolahan hanyalah sebagai bonus kepada mereka yang memilikinya. Sijil tersebut adalah sebagai tiket ke pusat pengajian yang lebih tinggi dan bukannya kayu pengukur kepada sesuatu kejayaan pada diri seseorang. Secara keseluruhannya, penulis ingin menekankan pada pembaca tentang kepentingan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat yang diimpikan. Penulis juga ingin merubah corak pemikiran ibu bapa di luar sana supaya tidak berasa malu jika mempunyai anak yang berada di kelas-kelas tercorot. Jika sifat berusaha ditanam dalam diri, pelajar sudah tentu akan boleh berjaya di masa hadapan.