EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Arnab Yang Tersalah Anggap

image description
Call no.
: JMF 899.2333 NOR
Author
: Nor Azizul B. Harun dan M.Jayanthi
Contributor
: Azhanizzat Bin Sham Rawi
Summary
Buku ini mengisahkan tentang seekor arnab yang tingal di hutan. Arnab itu terdengar satu bunyi angin yang bertiup dengan kencang. Arnab berasa takut kerana bunyinya semakin kuat.Oleh itu arnab tersebut berlari untuk bersembunyi di lubang pokok besar. Arnab berlari sambil menjerit ke dalam hutan setelah mendengar bunyi benda terhempas dengan kuat secara tiba-tiba. Hanya arnab sahaja yang mendengar bunyi yang kuat tersebut. Kemudian arnab bertemu dengan rusa dan menanyakan kepada rusa, "adakah rusa mendengar bunyi yang kuat?". Rusa dan arnab pun berlari dan bertemu dengan kuda belang. Kuda belang pun berasa risau dengan bunyi yang kuat itu. Mereka bertiga belari dan bertemu dengan zirafah dan serigala. Mereka bertiga menerangkan perkara yang tejadi di hutan dan serigala pun ikut berlari dengan pantas. Kemudian, mereka bertemu dengan lembu jantan dan menerangkan perkara yang berlaku. Semua haiwan berlari kecuali singa kerana bunyi yang kuat di sangkakan oleh arnab adalah bunyi buah durian yang gugur di atas tanah bukannya bunyi langit sudah runtuh. Semua haiwan berasa malu dengan sikap terburu-buru mereka.