EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Rama-Rama Dan Saya

image description
Call no.
: JMF 899.2333 NOR
Author
: Nor Azizul B. Harun, G.V Dineshaa dan Uma Vallicelli
Contributor
: Azhanizzat Bin Sham Rawi
Summary
Buku ini menceritakan seorang budak perempuan yang suka akan rama-rama. Menurut ibu beliau, manusia dan haiwan banyak persamaan antaranya ialah hidup, makan, bergerak dan membesar. Dia sukakan pada rama-rama kerana mempunyai badan yan berwarna-warni dan terbang bebas sama ada rama-rama kecil atau besar. Ibu dia berkata dia yang paling tercantik daripada semua yang ada di dunia dan ibu sangat sayang kepada nya. Ibu dia menerangkan bahawa ibu rama-rama yakin kepada anak-anaknya boleh hidup berdikari dan mencari makanan sendiri. Apabila telur menetas, ianya menjadi seekor ulat. Bagi pandangan manusia ulat itu sungguh hodoh dan membuat kerosakan kerana memakan daun-daun pada ranting sehingga ia membesar menjadi pupa.Pupa akan bertukar seekor rama-rama yang dewasa dan sangat cantik.Ibu dia mengatakan beliau berasa bangga kerana sikap tingkah laku dan kebolehan dia seperti seekor rama-rama.Seperti rama-rama dewasa akan meninggalkan kepompongnya lalu terbang jauh dari ibunya dan belajar hidup sendiri untuk meneruskan kehidupan yang penuh dugaan. Suatu hari nanti, dia akan seperti rama-rama setelah dia menjadi seorang yang dewasa pada satu hari kelak. Ibu dia berpesan tugas ibu adalah membesar dan mendidik dia menjadi insan yang berguna. Bagi rama-rama pula adalah menjadi kebiasaan untuk terbang jauh dan melihat alam sekitar dan merasakan pengalaman baharu. Rama-rama juga berasa rindu kepada keluarganya dan teringat masa lalu bersama keluarga tersayangnya. Namun, masa itu tidak dinikmati lagi. Oleh itu, dia mengatakan kepada ibunya dia tidak mahu menjadi seperti rama-rama kerana tidak mahu berjauhan dari ibu ayahnya.