EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Layanan yang Buruk

image description
Call no.
: JMF 899.2333 NOR
Author
: Nor Azizul B. Harun
Contributor
: Azhanizzat Bin Sham Rawi
Summary
buku ini mengisahkan rehan seorang budak yang pintar dan selalu mendapat markah yang tinggi dalam semua mata pelajaran. Dia mempunyai ramai sahabat kerana sikapnya yang peramah dan tidak sombong. Dia tidak kedekut bila berkongsi ilmu malah sering kali menolong rakan-rakannya yang mengalami masalah dlam pelajaran. Namun rakannya Kamal tidak suka dengan dia kerana beliau sering mendapat perhatian daripad guru-guru. Farid adalah teman rakannya Kamal dan akan menyokong apa yang dikatakan oleh Kamal. Pada satu hari, mereka merancang sesuatu dan tidak mahu Rehan mendapt perhatian dari guru-guru dan rakan-rakan sekelasnya. Tetapi Rehan tahu mereka memang tidak suka pada dirinya. Mereka menanyakan kepada Rehan untuk mengajar mereka mata pelajaran matematik dan Rehan dengan ikhlas hati mahu membantu mereka berdua. Sebaliknya dia dipergunakan oleh mereka berdua untuk siapkan latihan mereka setiap kali mata pelajaran matematik. Rehan berasa dirinya dibuli kerana asyik di suruh menyiapkan latihan mereka berdua sehingga mereka mengugut hendak memukul dia. Rehan sentiasa dipaksa mereka membuat latihan Matematik kerana berasa takut pada ugutan mereka. Pada satu malam,ayah Rehan iaitu Encik Burhan menghampiri Rehan di sudut bacaan kerana banyak kerja sekolah dia belum siap. Encik Burhan mencapai buku latihan Rehan dan melihat buku latihan tersebut adalah milik Kamal bin Azizi. Rehan hanya terdiam sahaja dan berasa gementar kerana dia dimarahi oleh ayahnya. Rehan menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia di ugut oleh rakan untuk menyiapkan latihan mereka. Pada keesokan harinya, Encik Burhan berjumpa dengan guru kelasnya dan menceritakan apa yang terjadi. Kamal dan Farid telah di panggil guru disiplin dan di beri amaran tegas jika mengulangi perbuatan itu. Mereka meminta maaf kepada Rehan dan Rehan memaafkan mereka dengan hati terbuka.