EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Budaya Warisan Kelantan

image description
Call no.
: JM959.5/NUR
Author
: Nurhamiza Syakirah
Contributor
: Noranita Binti Kerim
Summary
Negeri Kelantan merupakan negeri yang terletak di Pantai Timur. Negeri Kelantan juga dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang. Kelantan mempunyai 11 tanah jajahan iaitu Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, Kecil Lojing dan Gua Musang. Negeri Kelantan terkenal dengan makanan seperti nasi kerabu, kuih tahi itik, Akok, kuih Nekbat, Kuih Jala Emas, kuih Lompat Tikam, kuih Cek Mek Molek, kuih Buah Tanjung, kuih Butir Nangka, Kerabu Sare, kuih Asam Guppa, Nasi Tumpang, Laksam, Etak, kuih Badak Berendam dan kuih Topi. Dikir Barat merupakan satu persembahan kebudayaan yang cukup popular di negeri Kelantan. Selain dikir barat, Kelantan juga terkenal dengan main puteri, Makyung Kelantan Menora, tarian Asyik, tarian Nego, tarian Payang, tarian Wau Bulan dan Wayang Kulit. Permainan wau, gasing dan kertok merupakan permainan tradisi yang terkenal di Kelantan. Batik, songket dan wau begitu sinonim dengan negeri Kelantan.