EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Awak Anak Ke Berapa?: Rahsia Ordinal Kelahiran dan Personaliti Anda

image description
Call no.
: 155.23 AIN
Author
: Aina Razlin Mohammad Roose
Contributor
: Karen Angelina Lim Kar Leng
Summary
"Awak anak ke berapa?" Soalan ini merupakan antara soalan yang sinonim dan wajib ditanyakan pada peringkat awal sesi perkenalan dengan seseorang. Sesudah kita mendapat jawapan, secara langsungnya akan ada banyak tanggapan terhadap seseorang itu berdasarkan ordinal kelahirannya. Kandungan buku ini samada akan menerangkan atau memecahkan stereotaip yang lazim kita dengari dari ungkapan ibubapa atau orang tua-tua, kerana setiap tret yang ada pada seseorang itu telah dibuktikan dengan fakta dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh ahli psikologis sejak beratus tahun yang lalu. Selain itu, setiap bab menerangkan fakta-fakta dan tret personaliti setiap peringkat kelahiran beradik dengan cukup jelas dan padat. Fakta-fakta yang terkandung di dalam bacaan ini juga dikukuhkan dengan sokongan Teori Adler oleh Alfred Lader (1870-1937), seorang doktor perubatan dan ahli psikoterapi yang berasal dari Austria. Beliau menekankan bahawa pembinaan personaliti adalah berdasarkan pengaruh yang pelbagai termasuklah ordinal kelahiran, konstelasi keluarga dan juga permasalahan seseorang individu.