EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Sihir: Perbuatan, Rawatan Dan Pencegahan

image description
Call no.
: 297.39/KHA
Author
: Khadher Ahmad
Contributor
: Nurfazirah binti Arzmi
Summary
Buku "Sihir: Perbuatan, Rawatan Dan Pencegahan" merupakan sebuah buku yang memberikan fokus perbincangan terhadap satu penyakit rohani yang sering berlaku dalam masyarakat, iaitu sihir. Perbuatan dan amalan sihir merupakan salah satu bentuk dosa besar yang sangat dilarang dalam Islam. Perbincangan dalam buku ini menyentuh tentang hakikat sihir sebagai dosa besar, pemahaman tentang sihir dalam kalangan masyarakat di Malaysia, jenis-jenis sihir yang berlaku dalam kalangan masyarakat, kesan sihir kepada anggota masyarakat, usaha untuk membentengkan diri atau mencegah diri daripada terkena sihir dan rawatan terhadapnya. Pada masa yang sama, penulis turut menjelaskan tentang keperluan undang-undang dalam jenayah sihir yang sehingga hari ini yang masih menjadi polemik tidak berkesudahan dalam merealisasikannya.