EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Seni Membalut Hadiah

image description
Call no.
: 745.54/TAM
Author
: Rini Tampi
Contributor
: Zuriawati Mohamad Laili
Summary
Membalut hadiah yang disertakan dengan kotak adalah mudah. Bagaimana dengan hadiah yang tidak disediakan kotak? Buku ini mengajar kita teknik-teknik khas untuk membungkus hadiah supaya hadiah kelihatan lebih cantik dan ada nilai artistik. Pemilihan pembalut hadiah jenis lembut ditekankan bagi mudahkan proses membungkus. Selain kertas, plastik atau kain boleh dijadikan pengganti kepada kertas pembungkus. Begitu juga dengan bekas-bekas canti dan unik yang ada di sekitar kita; juga boleh digunakan sebagai ganti kepada kotak. Selepas dibungkus, hadiah boleh diperindahkan atau ditambah hias dengan reben yang menarik bersesuaian dengan tema dan kertas pembungkus. Antara teknik-teknik khas yang dimuatkan di dalam buku ini adalah balut hadiah sampul, balut hadiah gulung, membalut hadiah poligon, balut hadiah segitiga sama sisi dan lain-lain lagi. Manakala ikatan reben selain dari ikatan reben biasa; antaranya ialah rangkaian nombor 8, rangkaian gelombang, gelombang variasi dan bintang. Pendapat saya, teknik-teknik yang diajarkan di dalam buku ini juga boleh diaplikasikan untuk membuat hantaran bertunang.