EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Rahsia Diet Malaysia

image description
Call no.
: 613.209595/TEE
Author
: ee, E. Siong, Dr.
Contributor
: AINIE UMAIRAH LEE ABDULLAH
Summary
Hakikat sebenarDalam buku ini, Dr Tee E Siong, pakar pemakanan terkemukaMalaysia akan mendedahkan hakikat yang nyata tentangbudaya makan rakyat Malaysia. Beliau akan berkongsipengetahuannya tentang hidangan yang kita makan semasasarapan, makan tengah hari, makan malam, snek dan lewatmalam.Realiti yang mengerikanPenulis akan mendedahkan kesan ngeri amalan makan yang tidaksihat. Beliau akan menyakinkan anda bahawa diet tidak sihat adalahpenyebab utama penyakit-penyakit kronik seperti obesiti, penyakitjantung, diabetes dan kanser. Dan terdapat satu cara sahaja untukmencegah penyakit-penyakit tersebut - amalkan makan secara sihatdan kehidupan yang aktif.Rahsia makan secara sihatBeliau akan mendedahkan rahsia mengenai diet Malaysia yang sihat, danberkongsi prinsip-prinsip asas makan secara sihat serta membimbing andacara menerapkan pemakanan sihat dalam kehidupan harian.Bacalah buku ini. Anda akan mendapati bahawa kita boleh mengamalkanbudaya makan dengan cara yang lebih sihat sambil menikmati keenakanmakanan Malaysia. Dr Tee E Siong telah memperjuangkan amalan makan secara sihat dan kehidupanyang aktif selama tiga dekad, terutamanya menerusi Persatuan Pemakanan Malaysia.Beliau adalah Presidennya sejak 19 tahun yang lalu. Selaku Presiden, beliau telahmenerajui pelaksanaan pelbagai program promosi pemakanan masyarakat. Beliaumerupakan pengarang utama pelbagai buku kecil dan rencana akhbar yang mendidikmasyarakat tentang pemakanan sihat.Dr Tee merupakan Profesor Adjung di Jabatan Biosains, Universiti Taylor. Beliaumerupakan perunding pemakanan TES Nutrihealth Strategic Consultancy. Beliau jugamenyertai aktiviti-aktiviti Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KementerianKesihatan Malaysia. Dr Tee juga adalah Pengarah Saintifik Institut Sains HayatAntarabangsa (International Life Sciences Institute, ILSI) bagi rantau Asia Tenggara.Dr Tee merupakan Ketua Pusat Penyelidikan Kardiovaskular, Diabetes danPemakanan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sehingga persaraan beliau padaFebruari 2002, selepas berkhidmat selama 30 tahun.