EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

PUSTAKA NEGERI SARAWAK ANJUR WORLD QURAN HOUR 2023 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Posted on 04 April 2023

PUSTAKA NEGERI SARAWAK ANJUR WORLD QURAN HOUR 2023 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

4 April 2023, KUCHING - Pustaka Negeri Sarawak mengajak kita bersama-sama menyokong World Quran Hour 2023 yang akan berlangsung serentak di seluruh dunia pada 22 Ramadan 1444H bersamaan hari Rabu, 13 April 2023 bermula jam 10:15 pagi hingga 10:30 pagi.

Sehubungan itu, Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Rumah Ngaji Sarawak akan mengadakan World Quran Hour 2023 Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin, Kuching dan dapat ditonton secara langsung melalui platform Facebook dan Youtube Pustaka Negeri Sarawak bermula jam 9:00 pagi – 12:00 tengahari.

World Quran Hour 2023 peringkat negeri Sarawak akan disempurnakan oleh Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi (Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti). Antara program yang akan diadakan adalah tadabbur Surah Al-Insan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Sarawak: Datu Haji Kipli Bin Haji Yassin, bacaan Al-Quran, Surah Al-Insan oleh Encik Hadi Mohd.Sharkawi (Johan Tilawah Al-Qran Negeri Sarawak 2023) dan persembahan nasyid/Qasidah dan lain-lain.

Untuk tahun 2023 ini Surah Al-Insan telah dipilih dengan membawa tema “Memanusiakan manusia” (Humanising the Ummah) melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World dalam usaha merealisasikan misi masuk syurga sekeluarga.

Matlamat utama World #QuranHour adalah untuk:-

i. Menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan Al-Quran - Baca, Faham dan Amal;
ii. Menggarap nilai-nilai mulia yang dapat dihayati daripada surah-surah di dalam Al-Quran; bagi membentuk cara hidup berlandaskan Al-Quran
iii. Melahirkan legasi yang mempunyai sistem operasi diri berlandaskan Al-Quran untuk; membangun Negara & Dunia yang Berbudi dan Penyayang.

Semua lapisan masyarakat di Sarawak yang menyertai program ini boleh memuat naik gambar masing-masing di laman sosial dengan menaip #Worldquranhour23 #WQHSWK23 dan hantar ke twitter, Instagram serta facebook Pustaka Negeri Sarawak.

Laporan/statistik boleh dihantar melalui applikasi “web browser” di alamat https://bit.ly/lrt2023

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Ramdzan Saman ditalian 014-8603620 atau Puan Dayang Najwa Hazwani Binti Awang Zaini ditalian 016-8947255