EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

YB Dato Ir. Lo Khere Chiang Menyokong Penuh Program Perkongsian Literasi Bersama Pemimpin Sempena Program Komuniti Literasi@Kpg Haji Baki

Posted on 17 October 2023


KUCHING: Isnin, 16 Oktober 2023 - Pustaka Negeri Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada kepada YB Dato Ir. Lo Khere Chiang, Adun N.13 Batu Kitang.
Kunjungan hormat tersebut adalah untuk memaklumkan jemputan kepada YB Dato Ir. Lo Khere Chiang dan memberi penerangan ringkas berkenaan program Perkongsian Literasi Bersama Pemimpin Sempena Program Komuniti Literasi@Kpg Haji Baki. Program Komuniti Literasi@Kpg Haji Kampung ini akan diadakan pada 28 Oktober 2023 di Dewan Komuniti Kpg Haji Baki untuk penduduk kampung tersebut bersempena dengan sambutan Program Minggu Literasi Media dan Maklumat 2023 Pustaka Negeri Sarawak.