EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Perpustakaan Desa Kampung Semera Aktif Menganjurkan Program Kepada Komuniti Setempat

Posted on 15 February 2024

3 Februari 2024, KUCHING - Pengerusi, Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, YBhg. Datuk Dr. Abang Haji Abdul Rauf Bin Abang Haji Zen, dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak, Tuan Haji Japri Bujang Masli telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Desa Kampung Semera yang merupakan antara perpustakaan di bawah Projek Sarawak Digital Community Centre (DCC).

Pustaka Negeri Sarawak telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi koordinator kepada 45 perpustakaan di bawah Projek Sarawak Digital Community Centre, termasuk 12 buah di bawah seliaan Pustaka yang berperanan sebagai pusat latihan berkaitan digital untuk memberikan pendedahan penduduk kampung kepada dunia luar dan meningkatkan lagi pengetahuan digital dikalangan komuniti setempat.

Turut hadir bersama adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan) dan Ketua Bahagian Perkhidmatan Penglibatan Komuniti, Pustaka Negeri Sarawak, petugas Perpustakaan Desa dan komuniti Kampung Semera.