27 Ogos

Sarawak Authors Festival 2020

Sarawak Authors Festival (SAF) julung kalinya telah dianjurkan pada tahun 2017 dari 18-20 Mei 2017 dengan bertemakan Penulis Berilmu, Karya Bermutu. Pada tahun 2018, Program Sarawak Authors Festival (SAF) dianjurkan dengan tema Pemikiran Kreatif dalam Penulisan pada 15-21 Oktober 2018. Pelbagai aktiviti khususnya yang berkaitan dengan bidang penulisan dan penerbitan telah diadakan di sepanjang kedua-dua Festival tersebut. Kedua-dua festival tersebut telah menarik minat lebih dari 12,000 peserta dan pengunjung.

Oleh itu, sebagai kesinambungan kepada Program Sarawak Authors Festival yang telah diadakan pada tahun 2017 dan 2018, Pustaka Negeri Sarawak sekali lagi akan menganjurkan Program Sarawak Authors Festival untuk kali yang ketiga pada tahun ini dari 27-29 Ogos 2020 dengan bertemakan 'Jiwa’ atau ‘Soul’. Tema tersebut dipilih bagi menekankan penjiwaan, penghayatan, emosi dan semangat dalam bidang penulisan.

27 - 29 Ogos 2020

Tema: Jiwa (Soul)

Dengan jiwa atau penjiwaan dalam penulisan, yang dimaksudkan ialah kegiatan penulisan dijiwai oleh pelakunya, iaitu penulis. Penjiwaan ialah pemberian jiwa atau roh dalam kegiatan penulisan itu. Dalam penjiwaan itu ada penghayatan ada rasa suka, ada desakan dalaman, ada kemahuan yang tinggi dan penuh rasa syukur setelah hasil diperoleh atau dijelmakan. Penjiwaan dan penghayatan bukan sahaja menggunakan ilmu pengetahuan sebaik-baiknya untuk tujuan yang dikenal pasti tetapi turut mengadun kegiatan itu dengan hati dan perasaan – emosi positif. Pemikiran yang dimaksudkan di sini ialah pemikiran aras tinggi (BAT).

- Haji Jais Sahok, (6 Ogos 2020)

about

Penceramah

Speaker

Encik Jafalizan Md. Jali

Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana

Speaker

Dr. Joseph Ramanair

Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UNIMAS

Speaker

Encik Chuah Kee Man

Timbalan Pengarah (Kecemerlangan Akademik), Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UNIMAS

Speaker

Encik Daud Bin Hj Bujang

Pemilik, Art of Wud

Speaker

En. Awangko 'Hamdan Awang Arshad

Pensyarah Kanan dalam Program Seni Halus, UNIMAS

Speaker

Profesor Madya Dr Yakup Mohd Rafee

Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS

Speaker

Encik Yeo Thiam Bak

Pengerusi, Persatuan Seni Tulis Cina

Speaker

Encik Jong Zhen Xiang

Setiausaha, Persatuan Seni Tulis Cina

Jadual

Promosi akan dilakukan melalui poster dan tayangan slaid video secara atas talian. Pesta buku kali ini berkongsi maklumat dengan orang awam mengenai perkhidmatan atas talian rakan kerjasama yang terlibat, penerbitan terkini dan judul buku terlaris .

Saluran: Saluran sosial media Pustaka Negeri Sarawak

Zon Utara:
1.En. Zainal Abidin @ Abizai
2.En. Frankie Latit
3.Puan Mary Anne Vaz

Zon Tengah:
1.En. Lokman Hakim
2.Ms. Golda Mowe
3.En. Harry Usup Umbar

Zon Selatan:
1.En. Shamsul Idzam Jamil
2.En. Malcolm Mejin
Shield Sahran

Pameran secara atas talian ini adalah untuk mengetengahkan penulis-penulis Sarawak serta harapan mereka kepada kecemerlangan industri penulisan tanah air agar seiring dengan perkembangan teknologi dan peredaran zaman.

Saluran: (Pra-rakaman) Facebook & YouTube Channel

Pameran diadakan adalah untuk mempromosi Seni Kaligrafi Cina dan Tulisan Khat

Saluran: Media Sosial Pustaka

Penyertaan Bengkel adalah terbuka kepada semua kumpulan Hadrah di Sarawak dan sebagai persediaan untuk pertandingan Hadrah Peringkat Negeri bersempena Sarawakiana Festival pada tahun 2021.

Saluran: (Pra-rakaman) Media Sosial Pustaka: Facebook, Instagram, Pustaka Youtube Channel

Penyertaan bengkel adalah terbuka kepada semua yang berminat.

Saluran: Aplikasi Zoom dan Pustaka YouTube Channel

Persembahan istimewa ini akan mengetengahkan bakat penulis tempatan terutama dalam persembahan dan penulisan lirik lagu puisi.

Saluran: (Pra-rakaman) Media Sosial Pustaka: Facebook, Pustaka Youtube Channel

Penyertaan bengkel adalah terbuka kepada semua yang berminat.

Saluran: (Pra-rakaman) Media Sosial Pustaka: Facebook, Pustaka Youtube Channel