Sequence Preloader Icon Three orange dots increasing in size from left to right

 

 SarawakID Register

MaSCo Explorace 2019

Start Date : 02 Mar 2019

End Date : 02 Mar 2019

Time : 8:00 pagi - 5:00 petang

Venue : PUSTAKA NEGERI SARAWAK, KUCHING

MaSCo Explorace 2019 merupakan kerjasama atanara Pustaka Negeri Sarawak dan pelajar Politeknik Kuching, Sarawak (PKS). Pelbagai aktiviti yang berkonsepkan pertandingan di antara setiap kumpulan pelajar dalam menyelesaikan satu tugasan di setiap aktiviti permainan masing-masing. Program ini menyasarkan pelajar-pelajar dari Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Negeri Sarawak.
Pelbagai bentuk aktiviti fizikal dan mental yang mengandungi pelbagai elemen pembelajaran seperti matematik, sains dan komputer akan dilalui oleh setiap peserta bagi cabaran pada kali ini.
Segala bentuk aktiviti yang akan dilaksanakan oleh mereka, telah dirancang dengan teliti bagi membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran secara santai dan menyeronokkan.
Aktiviti yang bakal dilaksanakan ini juga dijangka dapat mendedahkan peserta kepada perkaitan antara ilmu komputer, matematik dan juga sains kejuruteraan dalam kehidupan seharian. Selain dapat memupuk semangat kerjasama dalam pasukan, program ini juga akan dapat memberi ransangan kepada para peserta bagi memupuk semangat inkuiri, menanamkan minat dalam menggembeleng daya inovasi dan kreativiti serta ransangan minda dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Program ini akan diadakan pada 2 Mac 2019, jam 9:00 pagi hingga 5:00 petamg, bertempat di Pustaka Negeri Sarawak.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Ruzaihan Bin Jaafar di talian 012-2903369.