Sequence Preloader Icon Three orange dots increasing in size from left to right

 

 SarawakID Register

Majlis Penyerahan Kunci dan Permulaan Perkhidmatan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu

Start Date : 14 Sep 2020

End Date : 14 Sep 2020

Time : 2:00PM

Venue : Pustaka Negeri Sarawak, Sibu

Majlis Penyerahan Kunci dan Permulaan Perkhidmatan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu akan diadakan pada 14 September 2020 di Pustaka Sibu dan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Hamid Bugo, Pengerusi, Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak.

Untuk makluman, Pustaka Sibu merupakan cawangan terbaru kami di Wilayah Tengah dan merupakan pemangkin dalam membantu kerajaan mengurangkan jurang digital dan perbezaan antara golongan kaya maklumat dan ilmu dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Atas persetujuan kerajaan Negeri, Pustaka telah diamanahkan untuk membina Pustaka Sibu sebagai portal untuk wilayah tengah yang meliputi bahagian-bahagian di Sibu, Mukah, Kapit dan Sarikei. Pustaka Sibu dijangka mampu berfungsi sebagai portal perkhidmatan maklumat digital untuk wilayah tengah Sarawak.

Oleh itu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan Negeri yang telah memberi kepercayaan dan sokongan padu kepada Pustaka Negeri Sarawak.

Besarlah harapan agar sokongan padu ini akan berterusan pada masa yang akan datang.