Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak
- Pusat Sumber Maklumat, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.
Start Date : 21 Oct 2020
End Date : 21 Oct 2020
Time : 10:00AM
Venue : Pustaka Negeri Sarawak Sibu
Majlis Perasmian Pustaka Negeri Sarawak Sibu akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang
Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak pada 21 Oktober 2020.
Pustaka Negeri Sarawak Sibu atau Pustaka Sibu telah membuka tirai perkhidmatannya kepada penduduk Sibu pada 15 September 2020 dan telah disempurnakan oleh
YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Hamid Bugo, Pengerusi Lembaga Pengarah Pustaka Negeri Sarawak.
Pustaka Sibu berfungsi untuk memberi perkhidmatan maklumat dan sebagai depositori Negeri.
Pustaka Sibu merupakan kampus zon tengah Pustaka Negeri Sarawak dan mempunyai keluasan lantai 7,300 meter persegi dan dibina di atas tapak berkeluasan 11,320 meter persegi. Bangunan ini boleh menampung 500 pengguna pada satu-satu masa.