Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak
- Pusat Sumber Maklumat, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.
Start Date : 28 Nov 2020
End Date : 29 Nov 2020
Time : 9:00AM - 5PM
Venue : Pustaka Negeri Sarawak Sibu
Pameran bertema merupakan salah satu aktiviti yang diadakan oleh Pustaka Negeri Sarawak, Sibu. Kali ini, Pustaka Negeri Sarawak, Sibu mengadakan Pameran Bertema Ikan Laga (Betta Fish) di Lobi Pustaka Negeri Sarawak, Sibu selama dua hari pada 28-29 November 2020. Pameran ini adalah kolaborasi bersama Sychobell dan Swan Betta Brotherhood Sibu.
Objektif Pameran Bertema Ikan Laga (Betta Fish) ini diadakan:
1) Memberi maklumat kepada masyarakat selaras dengan "tagline" Pustaka Negeri Sarawak, Rakan Ilmu Anda.
2) Berkongsi maklumat berkenaan dengan ikan laga.
3) Mempromosikan ilmu dan pengetahuan di dalam pelbagai bidang bagi melahirkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan.
4) Mempromosikan perpustakaan sebagai sebuah gedung ilmu di dalam membudayakan minat membaca.
Selain itu, aktiviti yang dijalankan semasa pameran tersebut adalah kuiz ikan laga. 20 orang yang pertama menjawap jawapan tepat yang terbanyak akan mendapat baucer Grabfood bernilai RM20.
Warga Sibu dijemput datang ke pameran ini.
Jangan ketinggalan!
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai seranta kami, Nur Farathul Aqma binti Jalani di talian 084-315200 atau emel (nurfarath@sarawak.gov.my). Info juga boleh didapati laman sesawang rasmi www.pustaka-sarawak.com & facebook rasmi @pustaka.sarawak