Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak
- Pusat Sumber Maklumat, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.
Start Date : 05 Feb 2022
End Date : 05 Feb 2022
Time : 9:00AM - 4:00PM
Venue : Pustaka Negeri Sarawak Sibu
Pustaka Negeri Sarawak Sibu akan mengadakan Hari Bersama Pelanggan pada 5 Februari 2022, bermula dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan seperti Jom Kuiz, Aktiviti Mewarna Kanak-kanak, Aktiviti Pameran Sarawakiana, Pameran Buku Kanser dan Kuiz, Aktiviti Makers, Sesi Pemilihan Buku, Promosi Majalah dan Jurnal, Reading Seeds, Jualan Terbitan Siri Sarawakiana dan Aktiviti Kanak-kanak. Kaunter pendaftaran keahlian Pustaka Sibu juga dibuka.
Selain daripada itu, Pustaka Sibu dengan kerjasama Hospital Sibu akan mengadakan Program Derma Darah dari jam 9 pagi sehingga 2 petang bertempat di Bilik Serbaguna (Multipurpose Room), Pustaka Sibu.
Orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Hari Bersama Pelanggan Pustaka Sibu.
Program ini akan diadakan mengikut norma baharu dan pengunjung dinasihati untuk sentiasa patuh SOP pencegahan penularan Covid-19.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Hari Bersama Pelanggan ini, sila hubungi 084-315200 atau e-mail Afiza Ibrahim (afizai@sarawak.gov.my) | Sofea binti Sharif (sofeasha@sarawak.gov.my).