Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak
- Pusat Sumber Maklumat, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.
Start Date : 22 Mar 2022
End Date : 22 Mar 2022
Time : 9:30AM - 5:00PM
Venue : Dewan Serbaguna, Kampung Tellian Tengah, Mukah
Mukah – Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Program Bacaan Bersama Pemimpin Sarawak (Jemputan Khas: Yang Berhormat Encik Royston Bin Valentine, ADUN N.57 Tellian) pada 22 Mac 2022 (Selasa), jam 9:30 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Tellian Tengah, Mukah.
Program ini merupakan salah satu daripada kempen galakan membaca kebangsaan dalam memperkukuhkan budaya dan meningkatkan minat membaca. Ahli-ahli Yang Berhormat akan membuat ulasan buku kegemaran mereka di kawasan DUN atau Parlimen masing-masing.
Disamping menjadi wakil rakyat, ahli-ahli Yang Berhormat juga dilihat sebagai pemangkin dan ikon dalam memupuk sifat rajin membaca serta peluang untuk mereka berkongsi ilmu dan pengetahuan kepada masyarakat melalui pembacaan.
Pada sebelah petang pula, bermula dari pukul 1.00 sehingga 5.00, Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan promosi keahlian baharu perpustakaan, promosi Reading Seeds (program galakan membaca dari peringkat bayi) dan juga pelbagai aktiviti STEAM (Science, Technology, Engineering, Arts & Mathematics).
Masyarakat setempat Mukah adalah dijemput hadir untuk bersama-sama bagi memeriahkan lagi program ini.
Program ini akan diadakan mengikut norma baharu dan orang awam adalah dinasihati untuk sentiasa patuh SOP pencegahan penularan Covid-19.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Fiona Ravia atau Nurrul Azzila di talian 082-442000 (samb. 217) atau emel fionarav@sarawak.gov.my / nurrul@sarawak.gov.my atau layari laman web rasmi Pustaka Negeri Sarawak di www.pustaka-sarawak.com.