Sequence Preloader Icon Three orange dots increasing in size from left to right

 

 SarawakID Register

Bengkel Penggunaan Pangkalan Data

Start Date : 20 Apr 2022

End Date : 20 Apr 2022

Time : 10am - 12pm

Venue : Bilik Latihan ICT, Pustaka Negeri Sarawak, Kuching

BENGKEL PENGGUNAAN PANGKALAN DATA

Selain menggunakan perkhidmatan BookBear untuk membuat pinjaman buku di Pustaka Negeri Sarawak, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan pangkalan data kami untuk mengakses dan membaca bahan digital seperti e-buku dan e-majalah secara percuma sahaja.

Pangkalan data PressReader menawarkan akses pengan mudah kepada lebih dari 3,000 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. PNM Overdrive dari u-Pustaka juga menawarkan lebih 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) yang membenarkan untuk meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.

Jom sertai kami dalam Bengkel Penggunaan Pangkalan Data untuk Mengakses E-buku dan E-Majalah:
Tarikh : 20 April 2022 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Latihan ICT, Pustaka Negeri Sarawak, Kuching.

Penyertaan ini adalah PERCUMA dan hanya TERHAD kepada 20 orang sahaja. klik pautan untuk mendaftar : https://docs.google.com/.../1FAIpQLSdWn2m.../viewform...

#Pustaka2020
#readinnovateexcel
#onlinedatabase
#literasimaklumat