Sequence Preloader Icon Three orange dots increasing in size from left to right

 

 SarawakID Register

Ceramah Warga Emas: Rukhsah Di Bulan Ramadan [Siaran Langsung]

Start Date : 22 Apr 2022

End Date : 22 Apr 2022

Time : 10:30AM

Venue : YouTube Channel (Pustaka Sarawak) & Facebook (pustaka.sarawak)

Bolehkah warga emas berpuasa di bulan Ramadan?

Warga emas ditakrifkan golongan yang istimewa dan perlu diberikan perhatian daripada segi aspek fizikal dan juga mental.

Apabila tibanya bulan Ramadan, segelintir golongan ini ragu-ragu untuk berpuasa penuh seperti golongan lain atas faktor menghidapi penyakit kronik dan umur yang telah lanjut. Namun, terdapat rukhsah dalam berpuasa bagi warga emas untuk mereka menyempurnakan rukun islam yang ketiga ini.

Dari segi bahasa rukhsah adalah kemudahan dan keringanan. Selain itu, ia dimaksudkan agar ibadah yang diperintahkan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya tanpa memberatkan dan membani umat islam terutamanya dalam kalangan warga emas yang menjadi perhatian untuk ceramah pada kali ini.

Bersama penceramah jemputan Ustaz Wan Nazarul bin Wan Abdul Latip dari Jabatan Agama Islam Sibu. Beliau akan mengupas dengan lebih lanjut berkenaan Rukhsah Ramadhan dalam kalangan warga emas.

Sila klik pautan/link ini untuk mendaftar:
https://forms.gle/GYZAE2zNwNgXTWc99

Para penonton berpeluang memenangi GrabFood Baucer bernilai RM10 dengan menjawab Kuiz dan borang Maklumbalas yang akan disertakan dalam sesi Zoom Ceramah Warga Emas.

Jumpa anda disana!