Sequence Preloader Icon Three orange dots increasing in size from left to right

 

 SarawakID Register

Ceramah Komuniti: Kaedah-Kaedah Rawatan Kesuburan Yang Berkesan

Start Date : 18 Jun 2022

End Date : 18 Jun 2022

Time : 10:00AM

Venue : Seminar Room, Pustaka Negeri Sarawak Sibu

Pustaka Negeri Sarawak Sibu akan mengadakan Ceramah Komuniti mengenai salah satu topik kesihatan yang bertajuk Kaedah-kaedah Rawatan Kesuburan yang berkesan.
 
Ceramah Komuniti ini akan diadakan pada 18 Jun 2022, Sabtu bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi secara bersemuka bertempat di Bilik Seminar, Pustaka Negeri Sarawak Sibu. Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada 50 orang sahaja.
 
Ceramah tersebut akan disampaikan oleh Dr. Norraliza binti Md Zin yang merupakan Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Lanang Sibu, Sarawak. Pada sesi ceramah tersebut, beliau akan berkongsi ilmu dan memberi pendedahan kepada orang ramai khasnya para Wanita yang baru mendirikan rumah tangga dan merancang untuk mempunyai bayi.
 
Untuk pendaftaran, sila hubungi Puan Nurrul Azzila Binti Abdul Rasid di talian 084-315200 (sambungan 217)/ 019-819 3440, emel nurrul@sarawak.gov.my.