Sequence Preloader Icon Three orange dots increasing in size from left to right

 

 SarawakID Register

SAF 2022: BENGKEL PENULISAN LAGU TEMPATAN (IBAN & MELANAU)

Start Date : 27 Oct 2022

End Date : 27 Oct 2022

Time : 10:00AM - 5:00PM

Venue : Pustaka Negeri Sarawak Sibu

SARAWAK AUTHORS FESTIVAL 2022: BENGKEL PENULISAN LAGU TEMPATAN (IBAN & MELANAU)

Anda berminat untuk menjadi seorang pengkarya lagu tempatan? Atau anda mempunyai bakat terpendam dalam menulis lagu Iban dan Melanau?

Bersempena dengan sambutan Sarawak Author`s Festival Oktober ini, jangan lepaskan peluang untuk menyertai bengkel penulisan lagu yang akan diadakan di Pustaka Negeri Sarawak, Sibu seperti butiran berikut:

Program: Bengkel Penulisan Lagu Iban
Tarikh: 27 Oktober 2022 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Fasilitator: Tony Engkabi (Penyanyi Iban)

Program: Bengkel Penulisan Lagu Melanau
Tarikh: 27 Oktober 2022 (Khamis)
Masa: 2.30 petang - 5.00 petang
Fasilitator: Tuan Haji Mohamad Anis Bin Illi (Presiden Persatuan Pengkarya Pemuzik Artis Melanau Sarawak)

Objektif utama bengkel penulisan lagu ini adalah untuk menggalakkan kreativiti penulisan di dalam mencipta lagu dan melahirkan lebih ramai pencipta lagu tempatan.

Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada 20 orang peserta sahaja. Sijil penyertaan turut disediakan untuk semua peserta. Jom apa tunggu lagi!

Untuk penyertaan, sila klik pautan ini: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScZgoEVnAT-rZxBo1fuZzClt0WOp2hmprGyObDAedZhV0FMig/viewform