Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak
- Pusat Sumber Maklumat, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.
Start Date : 10 Jul 2026
End Date : 12 Jul 2026
Time : 9am - 5pm
Venue : Pustaka Negeri Sarawak
Pustaka Negeri Sarawak akan berkolaborasi bersama SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab dalam penganjuran Program Perkhemahan Ilmu yang melibatkan seramai 118 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026. Program ini akan berlangsung pada 10 hingga 12 Julai 2026.
Program ini bertujuan membantu pelajar Tingkatan 5 meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta persediaan menghadapi peperiksaan SPM, khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Melalui kolaborasi ini, Pustaka Negeri Sarawak turut memainkan peranan dalam memberi pendedahan kepada para pelajar bahawa perpustakaan bukan sekadar tempat membaca, malah berfungsi sebagai pusat pembangunan ilmu, kreativiti dan inovasi.
Sepanjang program berlangsung, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran interaktif dan menyeronokkan yang disediakan oleh Pustaka Negeri Sarawak bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kreatif, santai dan berkesan.
Penganjuran program ini diharap dapat memberi manfaat kepada para pelajar dalam meningkatkan semangat belajar, membina keyakinan diri serta memperkukuh persediaan mereka menjelang peperiksaan SPM 2026.