Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak
- Pusat Sumber Maklumat, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.
Start Date : 05 Sep 2026
End Date : 14 Sep 2026
Time : 5:00 pm - 10:00 pm
Venue : Pavilion Melayu/Melanau, Dataran Tun Tuanku Bujang, Sibu
Pustaka Negeri Sarawak, Sibu dengan sukacitanya menjemput orang ramai untuk mengunjungi Pavilion Melayu/Melanau sempena Borneo Cultural Festival 2026.
Tempat: Pavilion Melayu/Melanau, Dataran Tun Tuanku Bujang, Sibu
Tarikh: 5 - 14 September 2026
Masa: 5.00 Petang รขโฌโ 10.00 Malam
Temui keunikan warisan, seni dan tradisi masyarakat Melayu dan Melanau menerusi pelbagai pengisian menarik yang mengetengahkan kekayaan budaya, adat resam serta nilai-nilai yang diwarisi turun-temurun.
Antara aktiviti yang disediakan:
- Pameran Sarawakiana
- Irama Warisan Bergendang & Bermukun
- Rasa Warisan & Pertandingan Masakan Tradisional
- Karya & Rasa, Warna Warisan serta Kreativiti Warisan
- Seni Anyaman Warisan
- Demonstrasi Tekstil Warisan
- Demonstrasi Gubahan Hantaran Perkahwinan
- Khat & Kreativiti
- Lensa Borneo
- Kuiz Sarawakiana
- Permainan Tradisional dan pelbagai lagi aktiviti menarik
Festival ini menawarkan peluang kepada pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat keindahan warisan Melayu dan Melanau melalui pameran, demonstrasi, persembahan serta aktiviti interaktif yang sesuai untuk seisi keluarga.
Ayuh bersama-sama memelihara dan menghargai khazanah warisan bangsa dengan menghadiri pelbagai aktiviti yang telah disusun khas sepanjang Borneo Cultural Festival 2026 di Pavilion Melayu/Melanau.