Menu

Warisan II

Warisan II merupakan sebahagian dari siri Warisan. Ianya menggambarkan kehalusan seni yang terdapat pada hulu parang dan perisai (Terabai) yang terkenal sebagai warisan bagi masyarakat pribumi Sarawak khasnya di kalangan masyarakat Dayak dan Orang Ulu. Subjek Ulu parang dan perisai juga terkenal sebagai kelengkapan perang bagi masyarakat tersebut suatu ketika dahulu di samping nilai kesenian dalam pembikinannya. Ia juga merupakan satu gandingan yang saling melengkapi dan kedua-duanya mempunyai keunikan malah kehalusan dan kehebatan seni coraknya mempunyai keunikan serta dipercayai sebagai pembawa tuah kepada si pemiliknya. Pilihanan warna monokromatik dengan menggunakan medium bitumen dalam penghasilan karya sebagai satu metafora bahawa kewujudan kedua-dua alat tersebut tidak luput ditelan zaman malah menjadi satu lambang keperwiraan, kebanggaan serta warisan yang tidak ternilai.