Menu

Semangat Kenyalang

Medium yang digunakan ialah Bitumen atas kanvas. Saya memilih untuk menggunakan bitumen kerana ia dapat memberi kesan klasik dan dapat menimbulkan suasana nostalgic dalam karya. Ini kerana karya Semangat Kenyalang ini menggambarkan tentang semangat burung yang merupakan Semangan/Tuhan Perang (War Lord) dalam masyarakat Iban yang digelar "Sengalang Burong" semasa zaman ngayau (Headhunting). Ukiran berbentuk burung kenyalang sebegini digunakan sebagai bahan utama dalam Gawai Burong. Bahagian latar belakang pula menggambarkan "Kelirieng" yang merupakan tempat berprestig untuk menyimpan/bersemadi khasnya golongan bangsawan/ternama dalam orang Ulu/Punan/Berawan. Mesej yang ingin disampaikan dalam karya ini ialah walaupun kita berlatarbelakang kaum dan budaya yang berbeza, namun kepelbagaian, keunikan dan keindahan budaya tersebutlah yang telah menyatukan kita iaitu warisan budaya seperti gabungan Ukiran Kenyalang (Sengalang Burong dan Kelirieng).