Menu

Pusaka

Karya ini menggambarkan perhiasan kepala (headgear) orang Ulu yang dihiasi bulu burung kenyalang dan bulu burung Merak (Ruai) dan tempayan. Kesemua ini merupakan hasil warisan yang penting serta memainkan peranan utama dalam masyarakat tersebut. Sebagai contoh, rekabentuk perhiasan kepala menggambarkan status si pemakai sementara tempayan pula sinonim sebagai khazanah berharga untuk menyimpan barang serta sebagai tempat persemadian golongan bangsawan kaum tersebut. Penggunaan gabungan medium bitumen (warna coklat/hitam) dan arkrilik (berwarna warni) bertujuan untuk menyampaikan mesej bahawa walaupun berlaku peredaran masa, warisan dan budaya tetap menjadi pusaka kebanggaan yang diperturunkan kepada generasi mendatang serta takkan hilang ditelan zaman.