Sequence Preloader Icon Three orange dots increasing in size from left to right

 

 SarawakID Register
    
SRR Library Facade

Repositori Rekod Negeri


Konsep

Sektor Perkhidmatan Depositori mula beroperasi pada tahun 2002 sejajar dengan Sarawak State Library Ordinance 1999 Part IV. Berfungsi sebagai pusat maklumat kepada orang awam berkenaan dengan sejarah negeri Sarawak. Fungsi ini menjurus kepada pembangunan koleksi Sarawakiana, pengurusan rekod kerajaan Negeri Sarawak dan penyimpanan serta pemuliharaan rekod-rekod kerajaan negeri.


Objektif

  • Menyediakan pemeliharaan dan penggunaan sumber-sumber pustaka atau bahan-bahan yang diterbitkan;
  • Mewujudkan rekod bibliografi yang mengikut piawaian untuk sumber atau bahan yang diterbitkan;
  • Menyelenggara rekod statistik sumber-sumber pustaka atau bahan-bahan yang diterbitkan di Sarawak;
  • Menyelenggara, memelihara dan menyimpan rekod-rekod awam yang melebihi dua puluh lima tahun, dan lain-lain dokumen, kertas, suratcara, dan statut, perintah berkanun, peraturan atau dikri, yang diarah oleh Setiausaha Kerajaan Negeri untuk diselenggara, dipulihara dan disimpan dalam Depositori Negeri dengan mengambil kira nilai sejarah atau kepentingan awamnya.

Persekitaran

Terletak di Jalan Sultan Tengah berhampiran dengan bangunan kerajaan seperti Yayasan Sarawak, MARDI dan Craun Research. Kira-kira 13km daripada bandar Kuching dan 8km dari Pustaka Negeri Sarawak. Bangunan 3 tingkat menempatkan kakitangan seramai lebih kurang 30 orang dan rekod-rekod kerajaan negeri serta bahan-bahan Sarawakiana.


Perkhidmatan disediakan

Rujukan bahan Sarawakiana dan bahan Arkib

Penyimpanan rekod-rekod bernilai

Memelihara rekod-rekod yang mempunyai sejarah kepada negeri Sarawak


Waktu Perkhidmatan

Isnin - Jumaat
8.30 pagi - 4.30 petang


Alamat

Repositori Rekod Negeri
Jalan Cahya Indah,
Off Jalan Sultan Tengah,
93050 Kuching, Sarawak.