Sequence Preloader Icon Three orange dots increasing in size from left to right

 

 SarawakID Register

Karnival Sarawakku Membaca bersama YB Encik Anyi Anak Jana, ADUN N.49 Ngemah

Start Date : 17 Aug 2024

End Date : 17 Aug 2024

Time : 8:00 AM - 5:00 PM

Venue : Dewan Serbaguna Nanga Ngungun, Kanowit

Pustaka Negeri Sarawak, Sibu bakal mengadakan Karnival Sarawakku Membaca bersama dengan YB Encik Anyi Anak Jana, ADUN N.49 Ngemah bertempat di Dewan Serbaguna Nanga Ngungun, Kanowit. Program ini akan berlangsung pada 17 Ogos 2024, bermula jam 8.00 pagi.

Karnival Sarawakku Membaca adalah merupakan usaha untuk menyemai minat membaca serta memupuk budaya ilmu dan pengetahuan di kalangan masyarakat Sarawak bagi membangunkan masyarakat yang lebih berilmu, berinformasi serta bermaklumat. Bagi merealisasikan program ini, pelbagai aktiviti yang berkaitan pembacaan atau galakan membaca digariskan di bawah program ini iaitu seperti bengkel, aktiviti secara praktikal, perkongsian ceramah, pameran dan sebagainya.

Program ini akan diadakan dalam bentuk karnival ini bagi mencipta suasana yang menyeronokkan dalam mendidik dan mendorong masyarakat untuk terus membaca dan belajar tidak mengira usia. Antara pengisian utama program ini adalah Bacaan Bersama Pemimpin bersama YB Encik Anyi Anak Jana dimana beliau akan berkongsi bacaan kegemaran beliau kepada masyarakat.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik akan turut diadakan untuk semua peringkat umur bermula dari kanak-kanak sehingga warga emas bagi meningkatkan kemahiran seni dan kraftangan dan rekagrafik dalam masyarakat setempat. Antaranya ialah, Bengkel Hidroponik dan Bengkel Penanaman Hibrid oleh Jabatan Pertanian Bahagian Sibu, bengkel kraf Tango Moden, bengkel Crochet dan bengkel masakan. Tidak ketinggalan juga, aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak seperti Pertandingan Mewarna dan aktiviti STEM.

Turut serta dalam program ini adalah pameran-pameran perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan dan NGO yang akan bermula seawal jam 8.30 pagi. Antaranya seperti Spay Global, CIDB, KWSP, MAKNA, Universiti Teknologi Sarawak dan banyak lagi.

Orang ramai yang berminat atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Puan Fiona Ravia ak Asing dan Puan Shahrieza binti Rabaie melalui talian 084-315200 (samb. 221).