(SIBU) Sarawak Children's Art & Literature Festival 2025
- Pustaka Negeri Sarawak, Sibu
Start Date : 28 Sep 2024
End Date : 28 Sep 2024
Time : 8:00 AM - 5:00 PM
Venue : Perpustakaan Desa Jemoreng
Pustaka Negeri Sarawak, Sibu bakal mengadakan Karnival Sarawakku Membaca bersama YB Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Bin Jaya, ADUN N.44 Jemoreng merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Integriiti dan Ombudsman) bertempat di Perpustakaan Desa Jemoreng. Program ini akan berlangsung pada 28 September 2024 (Sabtu), bermula jam 8.00 pagi, manakala sesi pelancaran karnival bersama Yang Berhormat akan bermula pada jam 10:00 pagi.
Â
Karnival Sarawakku Membaca adalah merupakan usaha untuk menyemai minat membaca serta memupuk budaya ilmu dan pengetahuan di kalangan masyarakat Sarawak bagi membangunkan masyarakat yang lebih berilmu, berinformasi serta bermaklumat. Bagi merealisasikan program ini, pelbagai aktiviti yang berkaitan pembacaan atau galakan membaca digariskan di bawah program ini iaitu seperti bengkel, aktiviti secara praktikal, perkongsian ceramah, pameran dan sebagainya.
Â
Program ini akan diadakan dalam bentuk karnival ini bagi mencipta suasana yang menyeronokkan dalam mendidik dan mendorong masyarakat untuk terus membaca dan belajar tidak mengira usia. Antara pengisian utama program ini adalah Bacaan Bersama Pemimpin bersama YB Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Bin Jaya dimana beliau akan berkongsi bacaan kegemaran beliau kepada masyarakat.
Â
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik akan turut diadakan untuk semua peringkat umur bermula dari kanak-kanak sehingga warga emas bagi meningkatkan kemahiran seni dan kraftangan serta pengetahuan mengenai Matlamat Pembangunan Mampam (SDG) dalam masyarakat setempat. Â
Antaranya ialah, Ceramah PANDei, Pertandingan Inovasi, Ceramah Komuniti, aktiviti SDG dan bengkel Makers. Tidak ketinggalan juga, aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak seperti Pertandingan Mewarna, sesi bercerita dan aktiviti STEM dan senikraf.
Â
Turut serta dalam program ini adalah pameran-pameran perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan dan NGO yang akan bermula seawal jam 8.00 pagi. Antaranya seperti Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Mukah, Universiti Teknologi Sarawak, Kolej Laila Taib dan banyak lagi.
Â
Orang ramai yang berminat atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Puan Fiona Ravia ak Asing dan Puan Shahrieza binti Rabaie melalui talian 084-315200 (samb. 221).