Sequence Preloader Icon Three orange dots increasing in size from left to right

 

 SarawakID Register

World Quran Hour 2025 (Central Region - Mukah)

Start Date : 25 Mar 2025

End Date : 25 Mar 2025

Time : 0900 - 1200

Venue : Masjid Setia Raja, Mukah

Pustaka Negeri Sarawak Sibu dengan kerjasama Masjid Setia Raja Mukah dan Jabatan Agama Islam (Mukah) akan mengadakan World Quran Hour bertempat di Masjid Setia Raja Mukah pada 25 Mac 2025, bermula jam 9:00 pagi- 12:30 tengah hari.

Turut diadakan dalam majlis ini adalah taddabur Surah Al-Saff oleh Pencetus Ummah Yeop atau PU Yeop sebagai tetamu jemputan khas program ini.
World #QuranHour adalah sebuah gerakan global yang mengajak umat Islam di seluruh dunia untuk meluangkan waktu untuk membaca, memahami, dan menghayati Al-Qur’an.

Pada tahun ini, World Qurah Hour membawakan tema Surah Al-Saff yang menekankan kepentingan kesatuan umat dalam memperjuangkan agama Allah untuk manusia belayar di samudera kehidupan. Laksana kapal yang kukuh berlayar di tengah lautan luas, umat Islam perlu saling menguatkan supaya dapat mengharungi ombak perpecahan dan badai perselisihan.

Orang ramai di sekitar Mukah dijemput bagi memeriahkan lagi program ini.
Untuk sebarang pertanyaan , sila hubungi:

Pn. Fiona Ravia ak Asing/ Pn. Shahrieza/ En. Mohd Azharulnizam di talian 0198193440 / 084-315200.