Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak
- Pusat Sumber Maklumat, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.
Start Date : 25 Apr 2026
End Date : 29 Apr 2026
Time : 9:00 am - 5:00 pm
Venue : Pantai Kala Dana, Mukah
Pustaka Negeri Sarawak, Sibu sebagai rakan korporat akan menyertai pesta ini yang berlangsung pada 25 hingga 29 April 2026 di Pantai Kala Dana, Mukah. Sepanjang pesta ini, Pustaka Negeri Sarawak, Sibu akan membawakan pelbagai aktiviti menarik, interaktif dan berinformasi yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Antara aktiviti yang disediakan ialah Pameran Sarawakiana yang menampilkan bahan bacaan, berkaitan Pesta Kaul, Bengkel Sarawakiana, demonstrasi masakan makanan tradisional Melanau, persembahan tarian tradisional, jualan Siri Sarawakiana, Kuiz Sarawakiana, Hari Bersama Pelanggan, sesi Pemilihan Buku serta Promosi Keahlian Pustaka.
Melalui pelbagai aktiviti ini, pengunjung berpeluang mengenali dengan lebih dekat khazanah ilmu, sejarah, budaya dan warisan Sarawak dalam suasana yang santai dan mesra komuniti. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan memupuk minat terhadap pembelajaran sepanjang hayat, malah meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memelihara dan menghargai warisan budaya sebagai aset berharga yang mencerminkan identiti serta keunikan Sarawak.