Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak
- Pusat Sumber Maklumat, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.
Start Date : 23 May 2026
End Date : 24 May 2026
Time : 10:00am - 7:00pm
Venue : Wisma Sanyan, Sibu
Program Kreatif Seni Perpaduan anjuran bersama Sarawak Digital Media E-Platform akan diadakan pada 23 hingga 24 Mei 2026 yang lepas di Wisma Sanyan, Sibu, dan terbuka kepada orang ramai. Program berasaskan komuniti ini dilaksanakan bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sebagai platform untuk mempromosikan kepelbagaian seni, budaya dan warisan masyarakat Malaysia, khususnya di Sarawak.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh Pustaka Sibu, antaranya Pameran Sarawakiana, Bengkel Sarawakiana, Demonstrasi Masakan Tradisional, Kaunter perkhidmatan dan Promosi Keahlian Pustaka. Melalui program ini, pengunjung berpeluang menambah pengetahuan mengenai sejarah, budaya dan kearifan tempatan, di samping mengenali dengan lebih dekat perkhidmatan serta kemudahan yang ditawarkan oleh Pustaka Negeri Sarawak.