Sequence Preloader Icon Three orange dots increasing in size from left to right

 

 SarawakID Register

Perkhidmatan Pinjaman Bahan


Perkhidmatan ini memberi peluang kepada ahli Pustaka untuk meminjam 4 bahan pada satu-satu masa selama 14 hari. Tempoh pinjaman ini boleh diperbaharui sebelum tarikh pemulangan bahan. Perkhidmatan ini boleh digunakan pada Waktu Perkhidmatan Pustaka.

Proses pinjaman bahan adalah seperti berikut:-

  1. Cari bahan yang hendak dipinjam menggunakan katalog dalam talian (OPAC).
  2. Ambil nombor panggilan dan dapatkan bahan dari rak.
  3. Sila pergi ke Kaunter Perkhidmatan di Pusat Sumber Maklumat.
  4. Kemukakan kad keahlian.
  5. Staf akan memproses pinjaman anda.
  6. Ambil bahan tersebut dan resit tarikh tamat tempoh pinjaman untuk simpanan.

Jika bahan yang ingin dipinjam telah dipinjam oleh pengguna lain, anda boleh membuat tempahan secara dalam talian. Bahan tersebut akan disimpan apabila pengguna tersebut memulangkannya dan anda akan diberitahu melalui telefon agar mengambil bahan tersebut dalam tempoh 3 hari.

Anda dibenarkan meminjam 10 bahan untuk tempoh 14 hari. Jika anda masih memerlukan bahan tersebut, sila perbaharui tempoh pinjaman sama ada melalui telefon atau dengan datang sendiri ke Pustaka sebelum atau pada tarikh akhir pemulangan.

Lokasi perkhidmatan

  1. Pusat Sumber Maklumat, Aras 1
  2. Galeri Mutimedia , Aras bawah
  3. Kaunter Infotek Kanak-kanak, Aras Bawah

Bahan-bahan yang boleh dipinjam termasuk:-

  1. Koleksi Rak Terbuka yang berlabel warna putih.
  2. Koleksi Keperluan Khas yang berlabel warna oren
  3. Koleksi Remaja yang berlabel warna biru.

Operating Hours

Mondays to Friday: 10:00 am to 7:00 pm.
Saturday and Sunday: 10:00 am to 6:00 pm.
Closed on Gazetted Public Holidays