Pustaka Negeri Sarawak, Miri akan mengadakan Pameran Hobbies, Collection & Arts yang ke-lima pada 22 dan 23 Februari 2020. Pameran ini bertujuan untuk memupuk kemahiran berfikir dan kreativiti di kalangan generasi muda dengan menunjukkan cara mengekalkan hobi seperti mengumpul koleksi barang, permainan atau belajar kemahiran baru. Pameran ini dibuka kepada orang ramai, terutamanya bagi peminat alat mainan kerana alat mainan ini akan dijadikan fokus utama pameran ini di mana alat mainan seperti Gundam Mini, Transformer Robots, Warhammer, Star Wars, Hot Wheels dan lain-lain akan dipamerkan di lobi tingkat bawah Pustaka. Pameran ini juga menggalakkan interaksi antara para peserta pameran serta orang ramai dengan pertukaran ilmu pengetahuan mengenai bidang tersebut jika mereka ingin memupuk hobi tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mohd. Awis Abu Bakar | Suzanna Abdullah di talian 085-422525 atau melalui e-mel awisab@sarawak.gov.my | susana@sarawak.gov.
Jejak Sarawakiana Di Dalat 14 May 2025
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 23 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025