EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Mengenai Kami :: Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

Assalammualaikum dan Salam Sarawak Maju Makmur.

Selamat Tahun Baru. Saya amat menghargai kehadiran anda untuk bersama-sama kami di dalam merangka perjalanan yang amat menarik dan bermakna dalam tahun 2024.

Perpustakaan adalah tempat yang dinamik di mana ilmu pengetahuan sentiasa dicari. Ianya bukan sekadar repositori buku, malah pelbagai acara dan program yang dirancang untuk merangsang minat dan mendorong usaha yang berterusan di dalam pencarian ilmu. Mari kita nikmati kegembiraan pembelajaran bersama kami

Kejayaan Pustaka adalah disebabkan oleh kerjasama berpasukan dan tujuan yang sama. Mari kita gunakan kekuatan komuniti yang pelbagai dalam semangat kerjasama. Sebagai satu pasukan, kita mampu mencapai perkara yang luar biasa. Saya mengundang semua orang untuk turut serta secara aktif, bertukar pendapat, dan menambah semangat kerjasama di antara kita.

Peranan pembelajaran sepanjang hayat adalah penting ketika berusaha untuk mencapai objektif menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Kita patut menggunakan Pustaka sebagai pemangkin untuk ilmu, kreativiti, dan pembangunan kemahiran. Dengan memanfaatkan kuasa pengetahuan melalui pembelajaran sepanjang hayat, kita juga perlu meningkatkan kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial, dan kelestarian alam sekitar dalam komuniti kita.

Pustaka komited untuk berperanan sebagai mercu tanda semasa kita berusaha ke arah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030. Dengan penekanan pada kesejahteraan komuniti, inovasi digital dan inisiatif strategik, objektif kami adalah untuk memberikan sumbangan yang signifikan dan berkekalan kepada masa depan Sarawak.

Selain memperjuangkan inisiatif Kelestarian Sarawak, Pustaka komited untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan.

Sebagai penutup, izinkan saya menyatakan keterujaan saya terhadap apa yang ditawarkan pada tahun 2024 untuk kita semua. Bersama-sama kita boleh membina sebuah komuniti yang makmur dan berpengetahuan dengan menempuh jalan dengan keazaman, komitmen dan semangat yang tinggi.

Salam hormat

TUAN HAJI JAPRI BUJANG MASLI
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Pustaka Negeri Sarawak