EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PEMINJAMAN, PEMULANGAN SERTA PEMBAHARUAN TEMPOH PEMINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN

Ditulis pada 31 May 2020

PEMINJAMAN, PEMULANGAN SERTA PEMBAHARUAN TEMPOH PEMINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN

BIMBANG DENGAN PEMBAHARUAN BAHAN PERPUSTAKAAN?
Untuk makluman semua pengguna Pustaka Negeri Sarawak, disebabkan penularan Covid-19 serta lanjutan tempoh Perintah Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak kami telah memperbaharui tempoh peminjaman bahan perpustakaan secara automatik bermula pada tarikh 18 Mei 2020 - 18 Oktober 2020. Oleh yang demikian, TIADA DENDA akan dikenakan sepanjang tarikh tersebut.

BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM & MEMULANGKAN BAHAN PERPUSTAKAAN?
Peminjaman bahan perpustakaan boleh dilakukan melalui Perkhidmatan BookBear melalui aplikasi Angka.sa2 secara PERCUMA. BookBear merupakan perkhidmatan peminjaman buku terus ke rumah pengguna di mana pengguna boleh memuat turun aplikasi Angka.sa2 melalui Google Play Store atau App Store yang telah mula beroperasi pada 13 Jun 2020 yang lepas.

Hari Operasi : Isnin hingga Sabtu
Masa Operasi: 9:00pagi -5:00petang

Inisiatif ini adalah bertujuan untuk memastikan pengguna mendapat akses kepada koleksi Pustaka memandangkan Pustaka Negeri Sarawak masih belum lagi membuka sepenuhnya premis-premis yang ada.

Untuk Pemulangan Bahan boleh dilakukan dengan menghantar sendiri bahan bacaan ke Pustaka Negeri Sarawak dan menyerahkan kepada pustakawan kami yang bertugas.

Walau bagaimanapun, anda boleh melayari laman sesawang www.pustaka-sarawak.com untuk mendapatkan bahan bacaan secara digital.

SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan pegawai seranta kami Encik Edison Ricket di link whatsapp dibawah:

https://wa.me/60138044220?text=HiPustakaNegeriSarawak

Terima kasih.