EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Makluman Sewaan Fasiliti Pustaka Negeri Sarawak, Kuching dan Pustaka Negeri Sarawak, Miri

Ditulis pada 15 June 2020

Taman & Jogging trek Pustaka
Penggunaan Taman & Jogging trek Pustaka adalah DIBENARKAN tanpa perkumpulan dan pengguna perlu bertanggungjawab mematuhi SOP Pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuklah memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu (1) meter dan kebersihan diri (personal hygiene) semasa melakukan aktiviti tersebut.

Sewaan Fasiliti & Dewan di Pustaka Negeri Sarawak Kuching dan Pustaka Negeri Sarawak, Miri
Semua Fasiliti Sewaan Pustaka Negeri Sarawak Kuching dan Pustaka Negeri Sarawak, Miri adalah TIDAK DIBUKA PENGUNAAN ATAU SEWAAN kepada orang awam sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Taska Di Tempat Kerja Pustaka Negeri Sarawak (Taska Pustaka)
Taska Pustaka TELAH BEROPERASI semula pada 9 Jun 2020 seperti berikut:
Bilangan Kanak-kanak : 12 orang
Bilangan Pengasuh : 8 orang
Semua Langkah Pencegahan Covid19 telah diambil kira dan aktiviti di Taska Pustaka adalah mengikut SOP yang dibenarkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.