EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PERTANDINGAN SKETCHES HARI SARAWAK

Ditulis pada 21 July 2020


Jom sketches hari anda pada 22 Julai untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Sarawak.

Umum mengetahui bahawa Hari Sarawak disambut pada 22 Julai setiap tahun. Bersempena dengan Sambutan Hari Sarawak 2020, Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Bengkel Sketches Hari Sarawak pada 25 Julai 2020 jam 2:30 petang.

Bengkel ini akan diteruskan dengan Pertandingan Sketches Sempena Sambutan Hari Sarawak 2020 seperti butiran berikut :

Tajuk: Pertandingan Sketches sempena Sambutan Hari Sarawak 2020
Tema: Sarawak Cemerlang
Tarikh pertandingan: 26 Julai hingga 23 Ogos 2020
Borang Penyertaan Pertandingan boleh didapati di https://www.pustaka-sarawak.com/download_get.php?id=727

Penyertaan adalah PERCUMA kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin atau beralamat di Sarawak sahaja. Sila baca terma dan syarat di dalam borang pendaftaran pada pautan di atas.

Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan semula kepada pihak kami berserta rekaan yang ingin dipertandingkan selewat-lewatnya pada Ahad, 23 Ogos 2020 melalui e-mel ke statedepository@sarawak.gov.my atau serahan tangan terus ke :

U/P: KOMITI PERTANDINGAN SKETCHES SEMPENA SAMBUTAN HARI SARAWAK 2020
REPOSITORI REKOD NEGERI
JALAN SULTAN TENGAH, PETRA JAYA,
93050, KUCHING, SARAWAK.
TEL: 082-440 488 FAKS: 082-440 484

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi kami di statedepository@sarawak.gov.my atau telefon 082-440488