EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Tawaran Penyertaan E-Pembelajaran Modul Aktiviti Reading Seeds Secara Percuma

Ditulis pada 25 October 2020

ntuk makluman, Program Reading Seeds merupakan program literasi perkembangan awal kanak-kanak bermula dari peringkat bayi 0-3 tahun dan turut melibatkan peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca. Ibu bapa yang telah mengikuti Program Reading Seeds ini akan memiliki kit Reading Seeds yang merangkumi buku dan bahan bacaan, bahan-bahan pendidikan dan pembelajaran awal bayi serta carta perkembangan bayi.

Oleh itu, ibu/bapa adalah dijemput untuk menyertai e-pembelajaran Reading seeds secara PERCUMA di alamat https://www.openlearning.com/pustakasarawak/…/reading-seeds.

Sehubungan itu, kepada ibu/bapa yang telah berjaya melengkapkan kesemua modul aktiviti Reading Seeds, mereka akan menerima e-Sijil dan Kit Reading Seeds yang boleh dituntut di Pustaka Negeri Sarawak dan kesemua kampus. Sila bawa bersama e-Sijil dan Buku Rekod Kesihatan Bayi untuk membuat tuntutan tersebut.

Syarat penyertaan adalah terbuka kepada ibu bapa/penjaga yang mempunyai bayi/anak yang berumur 3 tahun ke bawah yang dilahirkan di hospital/klinik kesihatan kerajaan di Sarawak.

Sila ikuti langkah-langkah penyertaan e-pembelajaran Reading Seeds seperti di dalam poster yang telah disertakan bersama @ https://www.pustaka-sarawak.com/document_uploaded/1603599566.jpeg