PUSTAKA NEGERI SARAWAK AKAN MEMBUKA PINTU KEPADA ORANG AWAM SEMULA BERMULA 3 OGOS 2021
Perkhidmatan Pustaka Negeri Sarawak di semua kampus akan dibuka pada 3 Ogos 2021 selaras dengan SOP Pembukaan Semula Sektor Perpustakaan PPN Fasa 2 (Sarawak). Masa Operasi ialah dari jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Pustaka Negeri Sarawak telah menetapkan langkah-langkah keselamatan seperti di bawah:-
1. Semua pengguna dan pelawat diharuskan untuk mendaftar di MySejahtera, setiap kali mereka mengunjungi Pustaka.
2. Perkhidmatan yang disediakan adalah peminjaman, pemulangan serta rujukan. Manakala penyelidikan hendaklah melalui temujanji.
3. Pengguna tidak dibenarkan berkumpulan di dalam Pustaka.
4. Hanya Pengunjung yang telah divaksin penuh dibenarkan memasuki premis.
5. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan untuk memasuki premis.
6. Jaga penjarakkan fizikal 1 meter antara satu sama lain.
7. Kami akan mengambil bacaan suhu setiap pelawat, dan kami akan membersihkan kemudahan yang disediakan dengan kerap.
8. Pengguna digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian kami untuk mengakses bahan bacaan dan Perkhidmatan Bookbear secara PERCUMA.
9. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke Pustaka sekiranya tidak sihat.
Jejak Sarawakiana Di Dalat 14 May 2025
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 23 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025