Pustaka Negeri Sarawak buat julung kalinya mengadakan Festival Sarawakiana secara maya pada tahun ini. Bertemakan Daun, festival pada kali ini akan membawa sedikit kelainan daripada sebelumnya kerana akan menerapkan norma baharu di dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Tema "Daun" dipilih kerana ianya menggambarkan kepentingan dan penggunaan daun-daun tempatan, terutamanya di kalangan pelbagai etnik di Sarawak. Keunikan budaya dan kesenian, sejarah, adat dan tradisi juga akan diketengahkan pada festival ini menerusi pelbagai aktiviti/program menarik yang telah dirancang seperti pameran mengenai keunikan pelbagai jenis daun secara maya, ceramah dan sebagainya. Maklumat dan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada penganjuran festival ini akan didokumentasikan agar ianya terus dipraktikkan dan dipelihara untuk kelestarian generasi yang akan datang.
Ayuh jangan lepaskan peluang anda semua dengan menyertai Festival Sarawakiana 2021 bermula pada 1 hingga 30 September 2021 yang akan datang. Sertai kami beramai-ramai dalam pelbagai aktiviti menarik secara maya di saluran Facebook, Instagram dan YouTube rasmi Pustaka Negeri Sarawak.
Anda boleh layari https://www.pustaka-sarawak.com/apps/festivalsarawakiana/# atau imbas pada kod QR di poster untuk maklumat mengenai program yang akan diadakan.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 082-440488 atau melalui emel izaruddin@sarawak.gov.my (Encik Izaruddin Moss) atau cmasyima@sarawak.gov.my (Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus).
(SIBU) Sarawakiana Exhibition: Sarawak Through Calligrafitti 03 May 2024
(SIBU) Thematic Exhibition: The Importance of Workplace Safety 06 May 2024
(MIRI)UNVEILING THE POTENTIAL OF AQUATIC WEEDS FOR SUSTAINABLE ENERGY AND PRODUCTS 18 May 2024
(MIRI) PYE: Torn Paper Turtle Craft (SDG) 18 May 2024
Grow Digital : Canva Untuk Semua 18 May 2024