Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Program Juh Nambah Ilmu bertempat di Ensengei Iban, Ensengei Melayu, Temiang dan Sageng Ulu, Simujan pada 24 Mac 2022.
Program ini disertai oleh penduduk komuniti setempat Semerah Padi yang terdiri daripada kalangan remaja dan kanak-kanak.
Antara pengisian untuk program ini adalah Literasi Maklumat, Pendaftaran Keahlian, Mencanting Batik, 3D Doodler, 3D Printer dan mBot.
Program “Juh Nambah Ilmu” merupakan satu program yang memberi pengetahuan dan pendedahan kepada komuniti dengan teknologi terkini serta memastikan komuniti setempat mendapatkan akses kepada maklumat dan pengetahuan.
Objektif program Juh Nambah Ilmu adalah:-
i. Membentuk masyarakat yang membudayakan ilmu pengetahuan
ii. Memberi pendedahan kepada masyarakat di luar bandar berkaitan dengan perkhidmatan/aktiviti perpustakaan
ii. Mempromosikan ilmu dan pengetahuan di dalam melahirkan masyarakat yang
bermaklumat dan berpengetahuan khususnya berkaitan teknologi sekarang.
Please LIKE, COMMENT & SHARE:
Website : https://www.pustaka-sarawak.com/
Telegram : https://t.me/pustakanegerisarawak
Facebook : https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/
Twitter : https://twitter.com/pustakaswk
Instagram : https://www.instagram.com/pustakaswk/
Youtube : https://www.youtube.com/user/PustakaSarawak
(SIBU) Sarawak Children's Art & Literature Festival 2025 06 Sep 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 08 Sep 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 2025 08 Sep 2025
Sarawak Bookfair 2025 24 Sep 2025
Sarawakiana Festival 2025 25 Sep 2025