EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Negeri Sarawak Sebagai Negeri Tamu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023

Ditulis pada 12 May 2023

Pustaka Negeri Sarawak akan menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 26 Mei 2023 hingga 4 Jun 2023.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) merupakan pesta buku terbesar di Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). PBAKL merupaakan acara tahunan utama dalam calendar perbukuan negara. Pada tahun 2023 Pesta buku ini akan diadakan kali ke 40 secara fizikal dengan kerjasama enam persatuan industri buku Malaysia iaitu:
a. Malaysian Book Contractors Association (PKBM)
b. Malaysian Bumiputera Book Publishers & Distributors Association (PPPBBM)
c. Malaysian Booksellers Association (MBA)
d. Malaysian Book Exporters & Importers Association (MBEIA)
e. Malaysian Book Publishers Association (MABOPA)
f. Malaysian Scholarly Publishing Assoiation (MAPIM)

Sempena penganjuran PBAKL pada tahun ini, penganjur menjemput Negeri Sarawak sebagai Negeri Tamu yang akan diberikan peluang untuk mengetengahkan budaya, seni kreatif, seni persembahan, penerbitan tempatan dan sebagainya.

Penganjuran program ini adalah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Buku Kebangsaan dengan Kerjasama rakan-rakan sinergi yang lain.

OBJEKTIF
a. Mempromosi industri pelancongan dan pelaburan ke Negeri Sarawak.
b. Menampilkan dan memartabatkan budaya dan seni tempatan.
c. Memartabatkan industri perbukuan dan penerbitan di Malaysia serta Sarawak khususnya.

Antara program dan aktiviti yang boleh diadakan adalah seperti berikut:
a. Sarawakiana Talks
b. Forum
c. Bengkel Pembuatan Produk Tempatan
d. Sarawak Cultural Performances
e. Sarawak Arts and Painting Exhibitions
f. Pameran oleh Institut Pendidikan di bawah seliaan Yayasan Sarawak
g. Sales and Display

Agensi yang turut dijemput untuk kerjasama ini adalah seperti berikut:
a. Sarawak Tourism Board
b. Muzium Sarawak
c. Majlis Seni Sarawak
d. Majlis Sukan Negeri Sarawak
e. Jabatan Premier Sarawak
f. Yayasan Sarawak
g. Kementerian-kementerian Sarawak

IMPAK
a. Pengiktirafan, penghormatan dan kebanggaan Negeri Sarawak kerana dipilih sebagai Negeri Tamu pada acara ternama KLIBF ke-40 2023.
b. Peluang terbaik untuk Sarawak dan agensi kerjasama untuk menggembirakan komuniti KLIBF 2023 dengan apa yang boleh ditawarkan dan sebagai timbal balik, apa yang mereka boleh manfaatkan.
c. Peluang pembelajaran dan asas praktikal untuk Pustaka dan agensi terlibat menanda aras amalan terbaik mengendalikan acara di peringkat nasional dan antarabangsa.
d. Menyokong dan memberi peluang kepada industri seni di Sarawak dan Malaysia amnya dalam mempromosi Negeri bersempena perayaan 60 tahun Sarawak dalam Malaysia.

Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan pegawai seranta kami Puan Norassima Sitam ditalian 082-442000 (smbg. 237) atau email norassis@sarawak.gov.my