EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PUSTAKA NEGERI SARAWAK SERTAI PROGRAM MINGGU PERPADUAN KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

Ditulis pada 16 May 2023

Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia akan menyertai Program Minggu Perpaduan Kementerian Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan 2023 bermula 20 Mei hingga 26 Mei 2023 bertempat di Dataran Waterfront, Kuching, Sarawak.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah akan merasmikan Majlis pembukaan sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat nasional yang dijadual berlangsung di Tebingan Kuching pada 21 Mei 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan Kabinet akan bersama kita untuk melancarkan program ini yang diisi dengan pelbagai program dan aktiviti yang menjurus kepada perpaduan dan integrasi nasional.

Pelbagai aktiviti menarik akan disediakan oleh Pustaka Negeri Sarawak antaranya adalah Aktiviti Makers, Online Databases Digital Exhibition, Jualan Terbitan Siri Sarawakiana, Pameran Perkhidmatan Depositori dan Pendaftaran Keahlian Pustaka secara PERCUMA!

Objektif Program ini diadakan adalah:-
a. Menyokong pelaksanaan Sustainable Development Goals (SDG) UNESCO bagi sasaran empat (4) pembelajaran sepanjang hayat;
b. Menggalakkan minat membaca dalam kalangan komuniti setempat;
c. Menggalakkan pembacaan walau di mana jua berada; dan
d. Memupuk semangat kolaborasi perpaduan dalam kalangan peserta.

Jumpa anda di tapak pameran Pustaka Negeri Sarawak untuk aktiviti menarik!

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Ramdzan Saman atau Puan Dayang Najwa Hazwani Binti Awang Zaini ditalian 082-442000 ext. 339.