Program Sarawak Authors Highlight & Bicara Karya akan diadakan pada 22 Julai 2023 (Sabtu), jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang bertempat di Galeri™️, Pustaka Negeri Sarawak Kuching bersempena dengan penganjuran Pustaka Book Fair 2023.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengetengahkan penulis tempatan selain dapat menggalakkan lagi aktiviti penulisan dalam memelihara khazanah penulisan di Sarawak. Dengan penganjuran program sebegini, adalah diharapkan ia akan dapat memberi insipirasi serta memupuk minat masyarakat kepada pelbagai bidang penulisan.
Seramai 6 orang penulis daripada latar belakang penulisan yang berbeza telah dipilih untuk diketengahkan melalui sesi Sarawak Authors Highlight dan Bicara Karya.
Antara penulis yang terlibat untuk sesi Sarawak Authors Highlight adalah Sasterawan Negeri Sarawak Jong Chian Lai, penulis tempatan Sarawak, Encik Jaya Ramba dan Cik Shield Sahran. Manakala untuk sesi Bicara Karya pula menampilkan penulis Sarawak berbakat seperti Puan Naziah Naziri, Dr. Idris Boi serta ahli panel jemputan daripada Arked Nusantara iaitu Prof. Dr. Syed Muhammad Khairudin Aljunied yang merupakan penulis prolifik dan pakar Sejarah Asia. Kedua-dua sesi ini akan dikendalikan oleh moderator yang berpengalaman iaitu Cik Nurina Pilin Ak. Sibat, pensyarah daripada Kolej Komuniti Sibu.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Borneo Cultural Festival 2026 (Sibu) 03 Sep 2026
Sarawak Children s Art & Literature Festival 2026 (Sibu) 05 Sep 2026
Sarawak Children?s Art & Literature Festival 2026 12 Sep 2026